Aisyah Kama

(Pengasas AK Media Solutions)

aisyahkamaGI Views : 143

aisyahkamaGI

1. Perkenalkan diri anda dan apa yang anda lakukan?

Hai, menggunakan nama timangan ‘Aisyah Kama’ atau AK di dalam dunia internet. Saya merupakan bekas blogger yang pernah aktif membuat networking. Selepas bergraduasi di dalam “Degree in Computer Science” pada penghujung tahun 2012, saya memilih untuk bekerja sendiri dan kini merupakan pengasas AK Media Solutions, sebuah syarikat ‘home-based’ yang menjalankan projek-projek yang saya suka sejak 3 tahun lepas! Antara produk dibawah pengurusan AK Media Solutions,

 

Kartikel – Perkongsian Artikel Malaysia http://kartikel.com

Shoppegram – Instagram Store http://shoppegram.com

dan terdapat beberapa projek ‘underground’ lain.

Saya juga merupakan pengasas Agro Sepakat Indah di mana syarikat ini menjalankan perusahaan pertanian yang membekalkan hasil pertanian ke pasar-pasar borong sekitar Lembah Kelang. Syarikat ini digunakan untuk menampung projek suka-suka saya.

 

2. Apakah perkakasan yang anda gunakan?

Perkakasan yang memudahkan hidup saya sehari-hari, mereka adalah sahabat baik saya, Macbook Pro 13” (versi awal 2011), The New Ipad, Ipad 2, dan Samsung S3.

Saya juga mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang fesyen, jika terdapat masa lapang, saya akan merealisasikan mock-up design pakaian saya dengan menggunakan mesin jahit, Singer model 2259.

Pada tahun 2014, saya akan melancarkan satu lagi projek suka-suka, ‘independent clothing line’ yang mensasarkan fesyen muslimah. Jaarum – brand ini akan menggunakan busines model “radical transparency” di mana pengguna boleh mengetahui harga kos dan harga jual serta mengetahui perjalanan pembikinan produk tersebut.

workplace

sewing

 

3. Bagaimana pula dengan perisian yang sering digunakan?

Saya sudah tidak membuat sebarang peratucaraan kerana bidang saya kini lebih kepada pengurusan dan keusahawanan, tetapi jika terdapat sebarang bahagian pengatucaraan yang ingin saya ubah, saya akan menggunakan Sublime Text2. Saya menggunakan Aweber untuk menyimpan database pelanggan. Gmail, Github dan Dropbox adalah perisian online yang banyak saya gunakan untuk berhubung dengan ahli kumpulan secara remote.

 

4.  Apakah perkakasan/perisian impian anda?

Jika diberi pilihan, saya mahu memiliki ‘sleeping mask’. Mask ini bertujuan untuk mengurangkan waktu tidur kepada 2-6 jam, tetapi masih boleh berasa segar seperti tidur 8-10 jam!

Saya memegang moto Steve Jobs : “And the only way to do great work is to love what you do… Don’t settle”