Akif Rabbani

(Pembangun Perisisan di ABS Internet PLT)

akifGI Views : 915

akifGI
1. Perkenalkan diri anda dan apa yang anda lakukan?

Saya Akif Rabbani. Seorang software developer di ABS Internet PLT. Baru
hendak masuk 18 tahun.

2. Apakah perkakasan yang anda gunakan?

Saya guna sebijik iMac 21″ inch, sebijik laptop Acer Aspire 4743 dengan
Hackintosh. (Ya, Hackintosh.). Saya juga ada menggunakan sebuah Honor 6
dan iPhone 4, kedua-duanya untuk tujuan development. Saya juga ada Pebble Smartwatch.

3. Bagaimana pula dengan perisian yang sering digunakan?

Saya banyak menggunakan CentOS Linux dalam virtualization menggunakan
VirtualBox, untuk code editor saya menggunakan Sublime Text (trial je).
Manakala development tools saya guna Xcode, Android Studio, Genymotion,
Github dan FileZilla.

4. Apakah perkakasan/perisian impian anda?

Saya teringin nak angkat sebijik MacBook Pro, tapi tunggu bajet la. Nak
masuk universiti lagi (hahahah). Dan kalau boleh decent iPhone. Ada
sesiapa nak sponsor? *wink2* Oh ya, dan license untuk Sublime Text dan
Genymotion. Heheh.