Anuar Omar

(Pengasas Malaysia Ukelele Group)

Views : 127

anuaromarGI

1. Perkenalkan diri anda dan apa yang anda lakukan?

Nama saya Anuar Bin Omar dan sekarang menetap di Kuala Lumpur. Saya berkerja sepenuh masa disalah sebuah syarikat Jepun di Petaling Jaya didalam bidang IT.

Saya juga merupakan pengasas bagi kumpulan kuminiti MALAYSIA UKULELE GROUP atau lebih dikenali sebagai MUG. MUG ditubuhkan pada sekitar pertengan tahun 2010 dan juga telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan rasmi pada April 2012. Tujuan utama MUG ditubuhkan adalah untuk mengumpulkan semua pecinta ukulele diseluruh Malaysia bagi berkongsi ilmu sambil berhibur. MUG juga sering mendapat undangan untuk mengadakan persembahan di acara-acara rasmi bagi badan kebajikan,swasta dan kerajaan. Yang terkini, MUG telah mewakili Malaysia untuk mengadakan persembahan di Thailand International Ukulele Festival.
Untuk lebih lanjut boleh layari www.malaysiaukulelegroup.com

 

2. Apakah perkakasan yang anda gunakan?

Perkakasan komputer yang saya sedang gunakan adalah:-

· Laptop HP ProBook 4230s, Intel Core i5, 120GB SSD HD, 8GB RAM & Win7 Pro
· Desktop Clone Intel Core 2 Duo, 500GB HD, 4GB RAM & WinXP
· HP LaserJet Printer P2014

Mobile gadjet yang saya guna adalah:-

· Sony Xperia – Android
· Samsung Nexus – Android
· Samsung Note 3 – Android
· Ipad1 – iOS

3. Bagaimana pula dengan perisian yang sering digunakan?

Bagi tugasan harian saya di pejabat dan rumah saya sering gunakan:-

· SQL server managment studio
· Putty & FileZilla
· SAP
· Notepad++
· MS Office 2010 standard + Visio 2013
· Adobe Creative Suite
· Google Chrome

 

4. Apakah perkakasan/perisian impian anda?

Sudah lama saya imipikan untuk menggunakan produk Apple dengan setup sedemikian:-

· Apple iMac desktop with 27″ screen
· Dual Boot Windows and Mac OS
· Apple Logic Pro
· Adobe CS
· RME Fireface UFX audio interface
· M Audio NRV10
· KRK Rokit RP5 G3