Izuddin Helmi

(Lead Front-end Developer MyTeksi)

Views : 163

izudinGI

1. Perkenalkan diri anda dan apa yang anda lakukan?

Mohd Izuddin Helmi, berumur 25 tahun dan adalah seorang web designer/front-end developer. Saya bekerja sebagai Lead Front-end Developer – MyTeksi sejak Julai 2013. Kerja-kerja yang saya buat adalah seperti merangka flow user experience dan design user interface bagi aplikasi Android/iOS/Windows, sistem fleet management kami, dan website.

Sebelum ini berkerja dengan JomSocial.com, MindValley, BootstrapStyler.com dan AIST.

Berminat dengan User Experience(UX) dan User Interface (UI) study dan banyak meluangkan masa untuk mengkaji applikasi lain. Mewujudkan kumpulan “Web Designers/Front-end Developers” di Facebook, dan kami aktif dalam membantu designer lain untuk memperbaiki skil mereka.

 

2. Apakah perkakasan yang anda gunakan?

Office

MacbookPro Retina 15” (Early 2013) , Dell 27” (U2713HM), Razer Orochi, Razer Vespula, Apple Wireless Keyboard dan Razer Carcharias untuk kerja.

Rumah

Macbook sama, Dell 23” (2340 IPS), Logitech Z623, Razer BlackWidow dan Razer Mamba.

HTC One & iPhone 5s 16gb

3. Bagaimana pula dengan perisian yang sering digunakan?

Photoshop CC & Illustrator CC, Skala Preview – Design works
Evernote – Tasks & notes management
Sublime Text2, Less app, Filezilla, SourceTree, Terminal – Front-end works
Sparrow – Mail app
Spotify, Skype, HipChat

 

4. Apakah perkakasan/perisian impian anda?

Macbook Air Retina 11”
iPad mini Retina
Sony a7