Jimbo

(Vokalis Hellexist)

Views : 151

pcsds

1. Perkenalkan diri anda dan apa yang anda lakukan?

Nama saya Jimbo. Saya duduk depan komputer lebih dari 10 jam dan mengambil gambar pengantin sebagai sumber rezeki. Sehari selain itu saya gemar makan.

 

2. Apakah perkakasan yang anda gunakan?
Saya menggunakan pc klon pentium dual core yang berusia kira kira 4 tahun. Telefon bimbit iphone 4s 16gb dan kelengkapan kamera rangka penuh dan pelbagai lensa jenama nikon

pc

 

3. Bagaimana pula dengan perisian yang sering digunakan?
Saya selalu guna Photoshop CS4, coreldraw 9, cc cleaner dan soundforge versi lama. Yang lain lain jarang guna.

 

4. Apakah perkakasan/perisian impian anda?

Komputer mac yang skrin nipis tu dengan desktop towernya yang tinggi macam almari baju. Perkakasan ada lesen sudah memadai.

%d bloggers like this: