Kamarool Karim

(UI/UX Engineer Runcloud)

Views : 213

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas undangan ini. Dibawah saya sertakan maklumat yang perlukan.

1. Perkenalkan diri anda dan apa yang anda lakukan?

Saya Muhammad Kamarool Karim, seorang UI/UX Engineer di RunCloud. Dalam masa yang sama, saya juga seorang Front-End Developer di Nazrol Tech. Saya mula berkecimpung dalam bidang ini semenjak dari tahun 2012.


2. Apakah perkakasan yang anda gunakan?

Untuk kegunaan kerja, saya menggunakan:

MacBook Pro (Retina, 13-inch, Early 2015)

Extra:

– External Monitor: Dell S2415H
iPad Air 2
iPhone 5s

Dengan perkakasan2 tersebut saya mampu meningkatkan tahap produktiviti ketahap maksima. Ianya untuk memastikan lamam web yang saya bangunkan mampu digunakan dikesemua peranti diluar sana.

3. Bagaimana pula dengan perisian yang sering digunakan?

Saya sering menggunakan Sketch App untuk membina lakaran laman web atau aplikasi telefon pintar. Dengan menggunakan perisian tersebut, saya mampu menghasilkan lakaran awal sesebuah sistem yang ingin dibangunkan. Seterusnya, saya menggunakan Invision App untuk menghasilkan prototaip setelah siap lakaran awal dari Sketch. Untuk memudahkan proses tersebut, saya menggunakan Craft plugin untuk memuat naik assets dari Sketch ke Invision App.

Lakaran-lakaran tersebut akan di ubahsuai ke bentuk HTML dan (S)CSS menggunakan Sublime Text 3 (free version).

Sedikit sebanyak review tentang perisian yang saya gunakan:
1) Sketch App
– ianya sebuah perisian untuk melakar paparan laman web atau applikasi telefon pintar.
– $99 lesen seumur hidup, jika anda seorang pelajar, anda boleh memiliki perisian ini dengan diskaun sebanyak 50% ($49.5 = RM209.81). Atas dasar kasih sayang Arif Tukiman terhadap saya, beliau menghadiahkan perisian ini kepada saya.
– banyak plugin yang dapat memudahkan kerja.
– kalau dibandingkan dengan Adobe Illustrator (AI), saya dapati AI susah untuk digunakan dan dipahami.

2) InvisionApp
– perisian untuk membuat prototaip.
– ianya percuma tetapi ade had fungsi yang anda boleh gunakan. saya menggunakan pakej pelajar (ye, saya pelajar master UTM), dimana saya dapat menggunakan kesemua fungsi tanpa had.
– boleh digunakan seiring dengan Sketch App.

3) Zeplin
– perisian ini bagus sekiranya anda bekerjasama dengan rakan sekerja anda. Dengan menggunakan zeplin, anda dapat menjana styleguides and resources secara automatik.

4. Apakah perkakasan/perisian impian anda?

Impian saya ingin memiliki perisian-perisian dibawah:

Framer
Figma
Macbook Pro Retina 15 Touchbar

Jika ada di kesempatan yang lain, saya ingin berkongsi dengan lebih lanjut tentang pengalaman saya. Banyak yang ingin dikongsikan.

(jangan include yang bawah ni dalam article. hahahah)
Saya berharap pihak tuan dapat menyumbang perisian Framer supaya saya dapat terus menghasilkan inovasi bertaraf dunia. hahahaahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: