Khalid Raffali

(Risk Management Oil & Gas Industriy)

khalidGI Views : 143

khalidGI
1. Perkenalkan diri anda dan apa yang anda lakukan?

Saya Khalid Raffali. Berkerja dalam bidang pengurusan risiko di dalam industri gas dan minyak. Skop kerja berkaitan dengan membantu perniagaan untuk mengenal pasti risiko strategik yang dihadapi mereka dan bagaimana untuk menangani risiko-risiko ini dengan lebih efektif.

Anda boleh hubungi saya melalui twitter di @_Acat_

2. Apakah perkakasan yang anda gunakan?

Untuk keperluan kerja, saya bergantung kepada iPhone 5 dan tablet galaxy note 10.1. Pernah menggunakan peranti android dan windows phone sebelum ini dan buat masa ini iPhone menjadi pilihan. Saya punya minat untuk mencuba dan tidak akan menolak untuk mengguna apa-apa peranti tanpa mengira operating system.

Untuk kegunaan rumah, saya memiilih macmini generasi pertama yang sudah dinaiktaraf kepada perisian osX mavericks 10.9. Saya juga masih menggunakan sebuah blackberry Playbook sebagai tablet sampingan dan sebuah iPad “gemuk” untuk tujuan pendidikan anak-anak.

Dan baru-baru ini saya mula berjinak dengan jam pintar pebble.

3. Bagaimana pula dengan perisian yang sering digunakan?

Bidang kerja saya memerlukan saya untuk mempunyai akses kepada maklumat dalam kadar segera. Justeru saya memilih untuk memanfaatkan perisian storan atas talian seperti Dropbox, Box dan Skydrive.

Saya juga menggunakan Evernote untuk tujuan menyimpan nota. Ini membolehkan saya untuk mengakses nota dari mana-mana peranti yang digunakan.

Saya juga menggunakan perisian peta minda, mindomo untuk memudahkan proses merancang proses memprofil risiko. Perisian ini juga boleh digunakan melalui web dan tablet.

Bersempena dengan tahun baru dan azam baru untuk gaya hidup yang lebih sihat, saya menggunakan perisian seperti Myfitnesspal, Runkeeper (android dan iOS) dan Argus (iOS) untuk merekod aktiviti seharian. Sesetengah perisian ini juga boleh menggunakan jam pintar pebble untuk memaparkan maklumat kritikal tanpa perlu mengeluarkan telefon.

4. Apakah perkakasan/perisian impian anda?

Peranti konsep modular di mana satu komponen yang digunakan boleh digunakan dalam peranti lain untuk menambah fungsi atau menyimpan maklumat. Bayangkan sebuah jam pintar yang boleh di masukkan dalam sebuah phone atau tablet. Dan juga komputer peribadi atau laptop.