Khairil Iszuddin

(Pengaturacara Web di E-Sentral.Com)

dinoGI Views : 420

dinoGI

1. Perkenalkan diri anda dan apa yang anda lakukan?

Nama saya Khairil Iszuddin bin Ismail. Lahir tahun 1979. Kadang-kadang orang panggil, Khairil, Iszuddin, Dino atau Kidino. Saya seorang programmer web. Saya buat sistem untuk web. Sekarang ni saya kerja di Cyberjaya dengan E-Sentral.com. E-Sentral.com jual ebook untuk pembacaan dengan peranti Android, iPhone, iPad dan komputer riba ataupun komputer meja. Kadang-kala sebab saya kerja di E-Sentral.com, saya cakap pada orang “saya jual buku saja”.

http://www.e-sentral.com

Oh, di blog peribadi yang merapu tentang programming, IT dan kadang-kadang bisnes.

http://iszuddinismail.com

 

2. Apakah perkakasan yang anda gunakan?

Saya guna laptop Acer Aspire 5560G 15 inci. Ya, ini mesin AMD. Kawan pejabat bagi saya RAM lebih dan sekarang saya ada 16 GB RAM. Saya guna telefon Samsung Note 2. Juga ada portable USB hard disk Seagate. Dan itu sahaja rasanya. Saya tak pakai jam, nanti tangan gatal.

acer-laptop

 

3. Bagaimana pula dengan perisian yang sering digunakan?

Saya guna Notepad++ sebagai text editor. Itu untuk kerja-kerja programming. Saya guna Adobe Photoshop CS4 untuk kerja-kerja grafik. Untuk pengurusan versi kod, saya guna Git dengan Tortoise Git. Untuk FTP saya guna FileZilla. Untuk kerja-kerja server dan SSH, saya guna Putty. Email saya di Gmail dan saya guna Google Chrome. Untuk tulis surat dan dokumen, saya guna koleksi Open Office iaitu Writer, Calc dan lain-lain.

 

4. Apakah perkakasan/perisian impian anda?

Kadang terbayangkan laptop yang kecil dan ringan. Senang nak berjalan ke mana-mana. Tapi kadang-kadang terbayangkan laptop berkuasa tinggi, minima mesti 15 inci, dan di rumah atau pejabat, ada monitor 24 inci yang menegak untuk tengok kod yang panjang berjela, dan juga untuk kerja-kerja grafik. Ya, mesti buat setup dengan beberapa monitor. Satu tak cukup. Juga impian, di tempat kerja saya atau rumah, ianya siap dengan mikrofon mahal untuk buat voice-over. Kadang-kadang saya buat video tutorial. Saya ada mikrofon Samson USB tapi jarang-jarang guna.

Oh ya, perkakasan impian juga adalah untuk pasang komputer pada TV. Media box dengan Android pun OK. Janji senang nak tengok video terus ke TV. Mesti ada remote bluetooth keyboard. Senang tak payah wayar-wayar ni. ;)