Mengenai Guna Ini

Tujuan portal ini dibina hanyalah bertujuan untuk berkongsi dengan orang ramai apakah perkakasan/perisian yang digunakan oleh orang ramai/selebriti ditemuduga.

Terdapat 4 soalan sahaja yang akan ditujukan kepada yang ditemuduga.

1. Perkenalkan diri anda dan apa yang anda lakukan?

- Soalan ini boleh dijawab dengan memperkenalkan diri dengan nama penuh serta pekerjaan yang dilakukan waktu sekarang. Contoh Menteri, Pakar IT, Pelukis Jalanan, Pengarah Filem, Blogger dan bermacam-macam lagi.

2. Apakah perkakasan yang anda gunakan?

- Sila nyatakan segala jenis gajet yang digunakan bagi memudahkan rutin harian anda. Seperti telefon pintar, laptop, buku nota, berus lukisan, tablet grafik, dan sebagainya.

3. Bagaimana pula dengan perisian yang sering digunakan?

- Sila nyatakan perisian yang anda gunakan seharian. Google Chrome, Mozilla Firefox, Microsoft Office, Adobe Photoshop, Vim, IntelliJ, Heroku, Openshift, AppFog, dan sebagainya

4. Apakah perkakasan impian anda?

- Sila nyatakan perkakasan impian anda, MacBook Air dengan kapasiti bateri 24 jam contohnya.

 

Berminat untuk ditemuramah? Sila email ke editor @ gunaini . com