Najmi Ahmad Zabidi

(Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Maaysia)

Views : 206

manjemGI

1. Perkenalkan diri anda dan apa yang anda lakukan?

Nama saya ialah Muhammad Najmi Ahmad Zabidi.. saya senang dipanggil “Najmi” .. kawan-kawan rapat panggil saya “Najem”.

Saya adalah tenaga pengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pada masa ini saya sedang cuti belajar untuk pengajian kedoktoran di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Minat saya ialah di dalam “computer security” , Android dan juga Linux

 

2. Apakah perkakasan yang anda gunakan?

Saya menggunakan laptop Dell Vostro 3400 yang saya beli sekitar 3 tahun lalu dari seorang forumer dari Lowyat.net. Menurut beliau. laptop tu beliau baru beli sekitar dua minggu tetapi dia kemudian menjualnya kepada saya kerana isteri beliau menghadiahkan laptop yang lebih mahal (Dell XPS) kepada beliau. Buat masa ni saya sangat berpuas hati dengan pembelian ini terutama servis “on site” Dell yang datang ke rumah saya sekiranya ada masalah berbangkit dengan laptop ni.

Saya juga menggunakan smartphone Android.. Berikut adalah peranti Android yang pernah saya gunakan sejak 2010 – waktu itu Eclair

HTC Wildfire
Samsung Galaxy Tab 1 (untuk isteri, masa mula-mula launching dalam RM2, 700,  saya bayar sebahagian besar dari nilai tablet ni isteri saya top up. Tablet ni kemudiannya di trade in dengan Galaxy Note dalam 1-2 tahun selepas itu)
Samsung Galaxy SL
Samsung Galaxy S II
Samsung Galaxy Tab 10
Samsung Galaxy Tab 7.0 (versi nipis)
Sony Live Walkman
Sony Xperia S
Motorola Razr Maxx
Motorola Atrix II
Samsung Galaxy Nexus (beli dua kali.. kali pertama pakai dua minggu je dan kemudian jual semula sebab nak guna duit.. second time beli second hand dalam nilaian RM600)
Huawei Ascend P1 (pakai dekat 10 bulan jugak)

dan sekarang ini harapnya kekal lama di tangan saya. LG Nexus 4, dah diflash dengan official image KitKat 4.4

 

3. Bagaimana pula dengan perisian yang sering digunakan?

Sistem operasi yang digunakan secara sepenuh masa ialah Linux. Dimulai dengan Linux Mandrake sekitar 2003 kemudian bertukar ke Gentoo. dan setelah secara tetap menggunakan Ubuntu dalam tahun 2009

Saya menggunakan LaTeX typesetter untuk penulisan tesis PhD saya. Begitu juga untuk pembentangan kertas kerja di seminar. Dalam Ubuntu ia boleh diperolehi dari package TexLive. Penyunting LaTeX yang saya gunakan ialah Kile dari KDE.

 

4. Apakah perkakasan/perisian impian anda?

Mac Mini yang terbaru… dengan Intel i7 dan RAM 8GB satu set.
Saya akan consider godek boot dia dengan rEFIt untuk dual boot dengan Ubuntu.

Untuk laptop, MacBookAir.

Disebabkan OS X adalah berasaskan BSD, dan ada komuniti yang menyelenggara ports yang seakan sama dengan GNU utils. Saya agak selesa menggunakan sistem operasi ini.

Namun demikian, sekiranya saya ingin mengekalkan gaya hidup Linux sepanjang masa, mungkin IBM Thinkpad adalah pilihan saya.