Nazri Ishak

(Pemilik dan Pengasas TJTV Productions)

nazriGI Views : 112

nazriGI
1. Perkenalkan diri anda dan apa yang anda lakukan?

Nama saya Mohammad Nazri Bin Ishak. Saya merupakan salah seorang pemilik dan pengasas TJTV Productions. Saya bertindak sebagai jurugambar, videographer, dan editor untuk TJTV (bergantung kepada projek).

2. Apakah perkakasan yang anda gunakan?

Saya menggunakan Macbook Pro 15 inci (awal 2011) sebagai komputer utama saya dan LG Nexus 5 sebagai telefon bimbit. Untuk kamera, saya menggunakan Canon 500D sebagai kamera utama saya. Sepasang headphone Sony MDR-V55 untuk sound monitoring dan editing.

20140417-_MG_1865

3. Bagaimana pula dengan perisian yang sering digunakan?

Final Cut Pro X untuk video editing, Compressor untuk convert file video kepada ProRes format dan Adobe Lightroom 4 untuk photo editing. Pages dan Numbers untuk word processing dan spreadsheet. Di telefon bimbit, saya menggunakan VSCOCam untuk mengedit gambar-gambar sebelum dimuatnaik ke social media.

4. Apakah perkakasan/perisian impian anda?

Macbook Pro 15 Retina Display dan Mac Pro.