Farhan Fadzlishah (Pa’an)

(Producer/Composer/Arranger/Programmer/Guitar Sessionist)

Views : 227

paanGI
1. Perkenalkan diri anda dan apa yang anda lakukan?

Nama saya Farhan Bin Fadzlishah atau lebih di kenali ramai sebagai Pa’an. Saya adalah seorang penggiat industri hiburan Malaysia khususnya bidang muzik yang terlibat secara langsung atau tidak dengan beberapa aspek di dalam industri selama hampir 10 tahun. Saya adalah “guitar sessionist” “live” dan rakaman untuk dua artis iaitu Yuna bersama kugiran The Palauans dan juga Hani & Zue bersama kugiran Bintang Malam Ensemble. Bersama 3 orang rakan kongsi yang lain saya juga adalah salah seorang pemilik sebuah syarikat pengurusan artis yang di beri nama Bintang Malam Entertainment di mana saya memegang jawatan sebagai pengurus kepada artis-artis kami iaitu Diandra Arjunaidi dan juga Hani & Zue. Kami juga memiliki sebuah studio rakaman sendiri iaitu Terang Bulan Studio di mana saya bertindak selaku penggubah lagu (arranger), jurutera rakaman (recording engineer), pemuzik sesi (session musician) dan juga sebagai penerbit (producer).

2. Apakah perkakasan yang anda gunakan?

Untuk pekerjaan saya sebagai seorang “guitar sessionist” perkakasannya adalah seperti berikut:

Gitar – 1. 1990 Gibson Les Paul Custom Alpine White (Digunakan untuk persembahan bersama Hani & Zue)
2. 1994 Paul Reed Smith Custom-22 Whale Blue (Digunakan untuk persembahan bersama Yuna)
3. 2012 Clevan EA-20 Electric Acoustic Guitar (Digunakan untuk mana-mana persembahan akustik)

Efek – Rack (Digunakan untuk persembahan berskala konsert)

1. KORG Pitchblack Pro Rackmount Tuner
2. ART PB 4×4 Pro Rackmount 8-Outlet Power Conditioner & Surge Protector with Rear Gooseneck Light
3. Line6 POD HD PRO X Guitar Effects Processor
4. Matrix Amplification GT1000FX Power Amplifier
5. Marshall MX212 150w 2×12″ Speaker Cabinet

Efek – Pedalboard (Digunakan untuk persembahan berskala kecil)

1. MOOER Hustle Drive Overdrive
2. Ibanez DE-7 Delay/Echo
3. Ohm Labs Strobe Tremolo
4. Line6 M5 Multi-Effects Stompbox

Untuk pekerjaan saya di Terang Bulan Studio perkakasannya adalah seperti berikut:

1. iMac 27″ 2.8 GHz Intel Core i5 8GB 1333 MHz DDR3
2. Avid MBox Pro 3 Audio Interface
3. Behringer MIC 2200 Ultragain Pro Mic/Line Preamp
4. Alesis RA300 Power Amplifier
5. Monkey Banana Gibbon 5 Active Monitor Speakers
6. Yamaha NS-10M Studio Monitor Speakers
7. Behringer HPX6000 Stereo Headphones

3. Bagaimana pula dengan perisian yang sering digunakan?

Perisian yang saya gunakan untuk tujuan kerja-kerja rakaman di Terang Bulan Studio adalah Apple Logic Pro X dan Native Instruments Guitar Rig 5.

4. Apakah perkakasan/perisian impian anda?

Perkakasan idaman saya adalah Fractal Audio AxeFX 2 XL besertakan Fractal Audio MFC-101 Midi Foot Controller Mark III untuk kegunaan persembahan secara “live” dan juga rakaman di studio manakala perisian impian saya pula adalah Native Instruments KOMPLETE 10 Ultimate untuk kegunaan gubahan dan rakaman lagu di studio.

paan