Ahmad Amran

(Pengasas Art In Software Sdn Bhd)

Views : 361

amranGI

1. Perkenalkan diri anda dan apa yang anda lakukan?

Nama saya Ahmad Amran bin Kapi , seorang usahawan IT/pengaturcara yang bertapak di Melaka. Saya merupakan seorang pengaturcara web sejati semenjak tahun 2002, mewujudkan Kumpulan Pengguna PHP Malaysia (http://www.php.net.my) dan pernah menganjurkan beberapa meetup / persidangan PHP sehingga sekarang.

 

Saya juga mengasaskan syarikat Art In Software Sdn Bhd yang masih mengejar cita-cita menjadi syarikat IT yang paling menyeronokkan di Malaysia. Buat masa ini kami mempunyai beberapa produk yang syarikat saya bangunkan. Antaranya ialah

 

Bantal & Bilik – Platform homestay http://www.bnb.my

BeeMember – Sistem pengurusan kelab sukan (SaaS) http://www.beemember.com

Zenpipe  – Web Hosting – http://www.zenpipe.com

 

Merasakan diri sepatutnya lahir menjadi ahli sukan, sekarang sangat berminat dengan sukan Badminton dan menjadikan Lee Chong Wei sebagai idola. Sekarang menguruskan kumpulan FB , BadmintonGeek secara suka-suka di http://facebook.com/groups/badmintongeek

 

2. Apakah perkakasan yang anda gunakan?

Perkakasan yang masih bertahan adalah MacBook white terpakai semenjak 3 tahun lepas, iPhone 4 16GB , iPad Generasi 1, 16GB. Antara gajet-gajet yang saya ada (tetapi sudah tidak digunakan) ialah PSP White Slim, iPod touch, Nintendo Wii dan iPod nano.

 amrangajet2

3. Bagaimana pula dengan perisian yang sering digunakan?

Sudah jarang mengaturcara kebelakangan ini, perisian yang masih digunakan ialah Coda sebagai IDE, Cornerstone sebagai klien SVN, HipChat sebagai alat komunikasi ofis dan juga Terminal sebagai alat SSH atau SCP pilihan. Gmail & Google Docs adalah perisian online yang banyak saya gunakan.

 

4.  Apakah perkakasan/perisian impian anda?

Antara perkakasan impian yang wujud, saya bercita-cita untuk membeli Macbook Air 11 inci, iPhone 5s 64GB, Suunto Ambit.

 

Untuk perkakasan yang mungkin wujud adalah rumah / kereta / jam / laptop yang mempunyai ciri-ciri AI yang saya boleh saya hantar arahan mudah dan ambil data-data mereka untuk dibuat pengukuran. Saya boleh

 

  • Rumah – ambil data elektrik yang saya gunakan, lampu, air-cond, peti sejuk yang saya buka. Kawal entertainment sistem hiburan (tv/radio), lampu dengan menggunakan sensor-sensor yang saya boleh program sendiri

  • Kereta – mendapatkan penggunaan minyak, tayar dan mungkin ada berapa ciri-ciri pandu sendiri, kalau boleh kereta tersebut mempunyai touch pad yang besar (17 inci++) seperti Tesla

  • Jam – ukur degup jantung , pergerakan, penggunaan kalori

  • Laptop – saya perlukan sesuatu yang tidak perlu saya bawa kemana-mana atau sangat kecil sehingga saya rasa tidak membawanya. Semua setting sudah disimpan, semua audiobook , ebook , programming, docs sudah disync ke Rumah,kereta , telefon atau jam saya.

 

Cita-cita ini saya rasa mungkin sudah hampir dan saya akan dapat capai dalam jangka waktu umur saya ini :D.