Syed Ahmad Fuqaha

(Pengasas & Ketua Pengarah KATSANA™)

rsz_img_1702 Views : 396

rsz_img_1702
1. Perkenalkan diri anda dan apa yang anda lakukan?

Saya adalah pengasas & ketua pengarah KATSANA™ Advanced GPS Tracking & Fleet Management system (www.katsana.com). Kami merupakan sebuah startup IT yang berkecimpung dalam pembangunan perisian & servis pengesanan GPS bagi kenderaan pengguna awam, korporat, dan juga perkapalan (menggunakan komunikasi satelit).

2. Apakah perkakasan yang anda gunakan?

Saya menggunakan Macbook Air 13″ kerana ianya ringan, dan kualiti pembuatan yang kukuh. Bagi tujuan pembangunan perisian/software, spesifikasi MBA adalah memadai dan baterinya yang tahan lama sangat dialu-alukan.

Untuk telefon, saya menggunakan HTC 816s yang murah (didapati dari Maxis dengan harga RM299 sahaja). Antara misi tahun 2015 saya adalah untuk berjimat dalam pembelian, maka saya berpuas hati dengan kualiti dan harga telefon ini. Pada masa dahulu, saya agak kerap membazir dengan membeli telefon high-end sejurus tiba di pasaran Malaysia.

Namun begitu, untuk pembangunan KATSANA™, kami menggunakan iPad Mini Retina, iPhone 4s, iPhone 6, Redmi 1S, Moto G, HTC One X, dan beberapa gadget lain.

3. Bagaimana pula dengan perisian yang sering digunakan?

Slack (Slack.com) adalah sangat penting dalam komunikasi team KATSANA.

Bagi word-processing & spreadsheets, kami menggunakan Google Apps for Business, jadi kebanyakan document kami adalah on-the-cloud.

Secara peribadi, saya banyak menggunakan Adobe Photoshop, Adobe InDesign, Sublime text editor, dan Keynote.

4. Apakah perkakasan/perisian impian anda?

Impian saya ialah untuk mendapatkan server big data yang top-spec seperti Dell PowerEdge R920.