Syed Hariz

(Senior Marketing Executive & Pricing Manager di Sony Mobile Communications Malaysia)

Views : 171

syedharizGI
1. Perkenalkan diri anda dan apa yang anda lakukan?

Assalamualaikum, nama saya Syed Hariz menetap di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai Senior Marketing Executive dan Pricing Manager di Sony Mobile Communications Malaysia. Mempunyai pengalaman selama 3 tahun di dalam industri telekomunikasi terutamanya dalam bidang pemasaran (ATL & BTL, Digital Marketing & Social Media serta Public Relations).

Anda boleh layari Linkedin saya untuk mengetahui lebih lanjut bidang yang diceburi saya ini, atau kita boleh bersembang di twitter juga.

Linkedin : http://my.linkedin.com/in/syedhariz/

Twitter : http://www.twitter.com/flux_z

2. Apakah perkakasan yang anda gunakan?

Saya adalah pengemar peranti Android, maklumlah bekerja di Sony Mobile semua telefon Xperia menggunakan Android. Peranti yang sedang saya gunakan sekarang adalah Xperia™ Z Ultra dan Xperia™ Z1 dan SmartWatch 2.

Z Ultra adalah kerana skrin dia yang besar (6.4”) sangat puas untuk digunakan untuk membaca email, menonton video di youtube serta bermain permainan video. Manakala Z1 pula hanya digunakan sebagai Kamera dan peranti tambahan bila bateri Z Ultra habis bateri. Z1 mempunyai kamera 20.7MP dan bagi saya ini adalah telefon pintar dari Sony yang mempunyai kamera terbaik sekali.

Selain daripada itu, saya juga mempunyai komputer riba kepunyaan syarikat model HP8440p, belum bertukar ke Vaio lagi dan Xperia Tablet Z yang tidak pernah digunakan.

GambarGajet

3. Bagaimana pula dengan perisian yang sering digunakan?

Perisian yang sering digunakan kalau di telefon pintar adalah Android, aplikasi yang sering digunakan ketika bekerja pula ialah Email, Whatsapp, Kingsoft Office, CamCard, Box dan Calculator. Aplikasi yang digunakan selepas waktu pejabat pula ialah Asphalt 8, Twitter, Instagram dan sebagainya.

Kalau di komputer riba adalah Windows 7 Enterprise. Outlook, Zune, Minecraft, Hightail sering digunakan.

4. Apakah perkakasan/perisian impian anda?

Perkasas impian saya adalah Macbook Air 13” , HTC One dan LG G2.