Syed Syahrul Zarizi

(Guru)

Views : 57

syedGI

1. Perkenalkan diri anda dan apa yang anda lakukan?

Salam. Bila bekerja saya bapa kepada ratusan remaja dan bila di rumah saya bapa kepada 4 kanak-kanak comel. Nama agak panjang jadi bolehlah panggil saya syed, atau syahrul atau zarizi. Mana yang anda berkenan.

 

2. Apakah perkakasan yang anda gunakan?

Saya suka benda gajet ni tapi kerana rumah sekarang agak kecil dan anak-anak kecil merumitkan saya untuk bergerak dengan gajet bagai saya putuskan untuk back to basic. DSLR dan lensa banyak yang sudah di let go. Gajet yg saya gunakan seharian ialah tab 7 inci, nokia lampu picit (ini paling penting), kamera nex 3 bersama lensa canon 50mm dan kad sd eye fi. Hidup saya kini kembali sempurna. Yey!

 

3. Bagaimana pula dengan perisian yang sering digunakan?

Semua apps, lama tidak buka laptop melainkan membuat kerja-kerja pengkeranian sekolah.

 

4. Apakah perkakasan/perisian impian anda?

Apa2 apps yang memudahkan hidup kita. Contohnya, apps untuk memudahkan saya tapau nasi ayam penyet dari Restoren Agus, Taman Universiti