Timmy

(CEO T.I.M.S Clothing)

timmyGI Views : 118

timmyGI

1. Perkenalkan diri anda dan apa yang anda lakukan?

Hi! Saya timmy fahmi, berumur di penghujung 20-an, masih belum berkeluarga, saya mempunyai kehidupan yang membosankan dan kalau tidak membuat apa-apa projek sampingan, saya akan jadi separa gila. Tapi kerana kebosanan dan separa gila itu, saya memulakan sebuah projek personal yang diberikan nama this icecream meltin sweetheart atau TIMS yang lebih kepada produk pakaian dan segala projek art yang saya into. TIMS baru sahaja menyambut ulang tahun pertama pada 10.11.2013 lepas. Untuk check out apa produk atau aktivitas kami boleh check out di TIMSCLOTHING.COM

 

2. Apakah perkakasan yang anda gunakan?

Saya menggunakan Macbook Pro untuk desain atau aktivitas TIMS. Apple adalah brand yang genius untuk saya. Selain dari smooth dan jarang “hang”, baterinya bila tidak di cas menggunakan elektrik boleh bertahan selama 5 hingga 6 jam. Saya menjadikan Iphone 4 teman baik saya ketika curi-curi check email pada waktu opis.

Saya dahulu menggunakan kamera Nikon dslr untuk mengambil gambar, tetapi bila travel ianya menjadi satu beban dan annoying sebab besar dan berat. Jadi untuk mengambil gambar untuk blog saya menggunakan kamera comel dan Nampak retro iaitu Fujifilm x10

 

3. Bagaimana pula dengan perisian yang sering digunakan?

Adobe Illustrator, kadang-kadang photoshop, kadang2 final cut pro

 

4. Apakah perkakasan/perisian impian anda?

Mungkin mahukan Ipad yang berskrin besar ketika travel. Sebab sangatlah annoying jika anda travel ke sana sini membawa macbook pro sebab ia berat, dan sangat lah annoying jika anda bergantung kepada iphone sebab batteri cepat habis, Mungkin Imac latest sebab masa edit video agak best sebab skrin dia lebih besar. Terima kasih kerana interview dan good luck untuk projek ini.

 

Never Stop Doing What You Love