Yasmin Matthews

(Content Creator)

Views : 31

1. Perkenalkan diri anda dan apa yang anda lakukan?

Saya Yasmin Matthews, dan saya adalah seorang “social media enthusiast”. Saya kini bekerja dengan beberapa jenama yang membuat penyiaran sosial bulanan mereka. Saya tidak akan memanggil diri saya sebagai seorang yang pakar, kerana saya masih banyak belajar untuk banyak aspek. Selain itu, saya mempunyai anak perempuan berusia 2 tahun dan saya menulis blog secara mingguan.

2. Apakah perkakasan yang anda gunakan?

Buat masa ini, saya menggunakan laptop ASUS, specs tidaklah mengagumkan tetapi ianya dapat melakukan kerja dengan baik. Bagi foto, saya menggunakan kamera belakang saya di Iphone 6 saya. Ia mungkin terdengar menakutkan, tetapi hasilnya memuaskan.

3. Bagaimana pula dengan perisian yang sering digunakan?

Saya menggunakan Adobe Photoshop dan Illustrator untuk rekabentuk grafik saya dan juga menggunakan Google Sheets untuk membentangkan kerja saya kepada pelanggan saya. Saya juga menggunakan aplikasi Snapseed di telefon saya untuk mengedit foto.

4. Apakah perkakasan/perisian impian anda?

Saya ingin mempunyai ruang khusus di mana saya boleh dengan mudah mengambil gambar yang baik untuk bekerja. Mungkin kamera yang lebih baik bukan hanya menggunakan Iphone saya untuk mengambil gambar

.

%d bloggers like this: