Cabi

(Jurugambar Jasmine N Sun)

Views : 113
cabiGI
1. Perkenalkan diri anda dan apa yang anda lakukan?
  
Hai , nama saya cabi. atau nak nama penuh? Zulkiflie Maarof.
Saya jurugambar untuk majlis-majlis seperti perkahwinan, sukan ekstrim, konsert dan permodelan. Saya juga penggemar fotografi filem dan kamera-kamera antik. Disamping itu juga saya adalah mengumpul Kaset, Piring hitam dan aktif dalam sukan Pingpong.
2. Apakah perkakasan yang anda gunakan?
Untuk fotografi perkahwinan, saya hanya menggunakan sebuah DSLR Nikon D3 dan beberapa jenis lens. Kamera ini merupakan sebuah kamera yang sangat cepat dan sesuai untuk majlis-majlis yang memerlukan gambar-gambar yang cantik dan spontan. Kamera ini juga saya gunakan untuk sukan ekstrem seperti skateboard dan inline-skating . Ia juga amat sesuai ditempat gelap seperti konsert dan portraiture pada waktu malam.
Manakala untuk permodelan, portrait dan modelling yang menginginkan kualiti yang lebih RAW dan size yang  lebih besar, saya menggunakan Mamiya RB67 dan Lubitel 166B yaini merupakan kamera film jenis “Medium format” dengan saiz film yang lebih besar dan gambar yang lebih “alive” berbanding kamera digital dan DSLR.
3. Bagaimana pula dengan perisian yang sering digunakan?
Kebiasannya saya lebih mudah menggunakan Adobe Photoshop CS5 dan Lightroom. Kedua perisian ni bagi saya bersangkut paut. Pernah juga saya mencuba perisian lain seperti Coraldraw dan Illustrator. Tetapi ianya agak sukar dan merumitkan bagi saya. Bagi kamera filem pula biasanya saya akan hantar cuci di Lab seorang rakan kerana ruang rumah saya terlalu terhad untuk develope film.
 
4.  Apakah perkakasan/perisian impian anda?
Impian saya, saya memiliki sebuah Pentax 645D AF yaini sebuah Kamera Digital medium format untuk memudahkan kerja-kerja saya dalam bidang portraiture dan seni. ataupun sebuah Mamiya Leaf dengan size film back yang mencecah 40 megapixels. Akan tetapi, harga kedua kamera ini sama seperti harga sebuah rumah kos rendah. Jadi saya batalkan niat tu, dan cukuplah jika saya mempunyai semua kelengkapan fotografi saya yang lengkap seperti lensa-lensa baru ataupun lighting yang hebat-hebat bagi mempermudahkan aktiviti fotografi saya dimasa akan datang.
Sekian, terima kasih,
Instagram : Jasminensun

%d bloggers like this: