Khairil Yusof

(Penyelaras Projek Sinar)

Views : 79

1. Perkenalkan diri anda dan apa yang anda lakukan?

Saya Khairil Yusof, seorang developer dan researcher di Sinar Projectcivic tech“, iaitu menggunakan teknologi maklumat untuk membina website, app atau cara investigasi data bagi kegunaan
public good“, terutamanya transparensi maklumat kerajaan dan cegah korupsi (anti-corruption).

2. Apakah perkakasan yang anda gunakan?

Laptop Thinkpad X270
Kamera Sony a6000

Saya juga ada workstation dan server di rumah dan ofis untuk kerja
dengan dataset yang lebih besar atau video editing.

Kerja ini biasanya banyak “travel” dan juga “field work” di-mana perlu
bawa perkasan bersama saya di luar ofis. Jadi perkasan yang ringan,
tahan lasak dan juga batteri tahan lama seperti x270 yang boleh tahan
selama 20 jam adalah penting.

Kerana perlu kerja di dalam keadaan hujan atau banjir, saya sentiasa
bawa perkakasan ini dalam beg waterproof dan tahan lasak Chrome CargoBarrage.

Kalau untuk yang berminat bagaimana cara travel dengan bawa perkakasan
teknologi boleh ikuti di sini:
https://plus.google.com/collection/IFypv

Dengan Peak Capture Pro Clip, saya juga boleh bawa dan guna kamera saya
dengan senang tanpa di beg dan tali pinggang tanpa masuk dalam beg
kamera, untuk situasi dimana saya perlu lari atau panjat, tetapi masih
perlu ambil gambar dengan cepat jika ada kesempatan.

Gambar di sini:
https://plus.google.com/+KhairilYusof/posts/EDSkJLAPZpP

3. Bagaimana pula dengan perisian yang sering digunakan?

Saya guna dan bina pelagai jenis perisian:
https://github.com/kaerumy/ubuntu-setup/blob/master/pkg-list

Terutamanya:

OS: Ubuntu Linux
Editor: Vim
Photo Editing: Gimp dan Darktable
Video Editing: Flowblade

Untuk pembangunan dan kerja dengan dataset, saya biasnya guna Python
dan library Pandas. Juga Jupyter Notebook.

4. Apakah perkakasan/perisian impian anda?

– Kamera Sony a6500
– Monitor Dell Ultrasharp UP3017

%d bloggers like this: