Nazrul Kamaruddin

(Web/Mobile Consultant)

Views : 102

1. Perkenalkan diri anda dan apa yang anda lakukan?

Nama saya Nazrul Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai @nazroll. Saya kini mengendali perniagaan saya sendiri di dalam bidang perundingan dan pembangunan teknologi web & mobile. Saya juga seorang pelatih untuk pembangunan aplikasi Android bersama iTrain. DI samping itu, saya giat mencipta video di YouTube, melakukan sukan ekstrem dan pelbagai aktiviti kreatif. Saya juga merupakan pengasas Google Developer Group Kuala Lumpur pada tahun 2009 dan telah menganjurkan acara tahunan untuk developers sejak 2010. Kini saya sudah bersara dalam pembangunan komuniti dan memberikan pengendalian GDGKL kepada orang yang lebih muda dan berbakat.

2. Apakah perkakasan yang anda gunakan?

Saya menggunakan sebuah iPhone 6S dan Xiaomi Redmi 4A untuk berkomunikasi dan sebuah Macbook Pro untuk pembangunan sistem. Saya juga mempunyai beberapa buah kamera untuk merakam video dan mengambil gambar.

3. Bagaimana pula dengan perisian yang sering digunakan?

Bootstrap Studio untuk merekacipta laman web.
Affinity Designer untuk mencipta rekabentuk (design) grafik.
Visual Studio Code untuk pengaturcaraan.
Android Studio untuk pembangunan aplikasi Android.
iMovie untuk menyunting video.
Terminal OS X untuk lain-lain.

4.  Apakah perkakasan/perisian impian anda?

Masa muda-muda dulu, saya teringin banyak benda. Semenjak itu, keinginan saya berubah dan sejujurnya, tiada lagi yang saya inginkan. Saya kini membelanjakan wang saya untuk mengembara dan mengalami hidup sepenuhnya diluar bidang teknologi sebelum kiamat atau mati.

%d bloggers like this: