Suraya Zainudin

(Editor RinggitOhRinggit)

Views : 261

1. Perkenalkan diri anda dan apa yang anda lakukan?

Saya Suraya dari RinggitOhRinggit.com, sebuah laman web kewangan peribadi (personal finance). Selain daripada penulis blog tersebut, saya memberikan servis komunikasi termasuk servis penulisan dan pemasaran digital kepada syarikat korporat.

Saya meminati apa-apa yang berkenaan dengan kewangan, dan sering membuat eksperimen untuk menambah pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan.

 

2. Apakah perkakasan yang anda gunakan?

Saya menggunakan:

Surface Pro 4 i5 8GB RAM 256GB
Xiaomi Redmi Note 4
Xiaomi Powerbank
Xiaomi Piston Basic earphone

Boleh nampak jugalah saya peminat Xiaomi, sebab dia produk yang kualiti dan sangat value for money. Masa nak beli laptop baru, ada juga consider Xiaomi Mi Notebook Air, tetapi masa itu cuma ada China firmware. Selain daripada SP4, saya juga ada mempertimbangkan Dell XPS dan Macbook Air (tetapi akhirnya beli SP4 sebab kebetulan ada sale).

 

3. Bagaimana pula dengan perisian yang sering digunakan?

Sebagai penulis, saya menggunakan perisian:

Microsoft Word
Google Documents/Drive
Grammarly – untuk tujuan proofreading

Untuk laman web saya, saya menggunakan perisian:

SiteGround
WordPress

Lain-lain perisian yang selalu pakai:

Spotify Premium untuk musik dan podcast
LastPass untuk password management
Canva untuk membuat grafik
Steam untuk main game

 

4. Apakah perkakasan/perisian impian anda?

Untuk perkakasan, mungkin set earphone yang personalised – dia ambil acuan telinga untuk pastikan bunyi adalah paling optimum.

Perisian impian saya ialah segala perisian premium yang cuma boleh dapat secara model subskripsi. Contohnya, dah lama nak try Canva Premium dan Netflix HD tetapi saya sayang nak keluarkan duit bulan-bulan kalau tau akan jarang pakai!

%d bloggers like this: